25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Individu tandatangan SD lain, tidak sah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa mana-mana individu yang menandatangani akuan bersumpah (SD) lain, adalah tidak sah.

Katanya, tindakan tersebut telah melanggar SD yang telah ditandatangani sebelum ini untuk menjadi calon.

“Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan buat keputusan berdasar perundingan oleh jawatankuasa yang dibentuk.

“Kenyataan BN sudah ikut mana-mana gabungan adalah tidak benar dan maklum balas perundingan akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) BN,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Terdahulu media melaporkan, dua puluh sembilan daripada 30 pemimpin BN yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Advertisements

Mereka dikatakan berbuat demikian dalam satu pertemuan di rumah Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Ampang Jaya.

Kecuali Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kumpulan itu juga menyokong pembentukan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dengan kerjasama dua parti dari Sabah dan Sarawak serta beberapa parti lain, termasuk wakil rakyat Bebas.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 20 calon BN bersetuju menyokong Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, sebagai Perdana Menteri.

BN hanya menang 30 daripada 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam PRU-15, Sabtu lalu.

Pencapaian di bawah Zahid ini adalah yang paling buruk dalam sejarah UMNO dan BN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan