Tuesday, June 16, 2026

Asyraf antara calon dikemuka Pemuda UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


PERGERAKAN Pemuda UMNO telah mengemukakan senarai calon daripada sayap parti itu kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dipertimbangkan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengakui nama beliau antara yang berada dalam senarai calon berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah yang dipohon menjadi calon untuk BN.

“Kita (Pemuda) telah hantar senarai calon peringkat Parlimen dan DUN kepada Pengerusi BN dan saya yakin lebih ramai calon wajah baharu yang akan ditampilkan kali ini termasuk saya sendiri

“Saya percaya bila Pengerusi BN kata 70 peratus wajah baru dimahukan pada PRU-15 ini. Kami sudah hantar senarai calon kepada Pengerusi BN,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Beliau berkata, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Bn telah menampilkan 84 peratus muka baharu manakala PRN Johor pula sebanyak 79 peratus.

Katanya, sebanyak 13 Pemuda UMNO telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan lapan daripadanya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Asyraf Wajdi tidak memaklumkan secara terperinci sama ada beliau menawarkan diri bertanding di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Ogos lalu, Asyraf Wajdi dikatakan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan itu hanya spekulasi semata-mata.

Asyraf Wajdi yang pernah bertanding di Pasir Puteh, Kelantan pada PRU-14 bagaimanapun tewas dengan majoriti 1,360 kepada calon Pas, Datuk Nik Mohamad Zawawi Salleh.

Pasir Puteh ketika itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon PKR diwakili oleh Datuk Kamarudin Md. Nor. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan