25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kira-kira sejuta golongan pesara terima bantuan tunai RM350

Yang paling penting subsidi khusus untuk B40 dan M40 bertambah bagi tahun 2023.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-KIRA sejuta golongan pesara akan turut menerima bantuan tunai langsung sebanyak RM350 walaupun perkara itu tidak disebut semasa pembentangan Bajet 2023 Jumaat lepas.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan menjelaskan bahawa peruntukan Bantuan Khas Kewangan RM350 kepada pesara bakal dibuat pada Januari 2023.

“Bantuan Kewangan Aidilfitri berjumlah RM300 pula bakal dibayar pada bulan Mac 2023 kepada satu juta pesara,” menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Selain itu, kementerian berkata, peruntukan pembangunan sebanyak RM95 bilion adalah untuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan juga kesalinghubungan negara yang bakal memanfaatkan berjuta-juta rakyat.

“Merangkumi pelbagai Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di dalam sistem vendor kontraktor utama serta pelbagai sektor ekonomi dari pelbagai lapisan Keluarga Malaysia dan bukam semata-mata untuk kontraktor fan golongan kaya seperti didakwa sesetengah pihak,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, yang paling penting subsidi khusus untuk B40 dan M40 bertambah bagi tahun 2023.

“Perbelanjaan untuk bantuan sosial dan subsidi ditingkatkan dua kali ganda daripada hanya 5.2 peratus kepada 11.3 peratus daripada Perbelanjaan Mengurus.

“Malah, Bajet 2023 juga memperuntukan RM1 bilion bagi Program Pembasmian Miskin Tegar yang bertujuan membantu golongan ini berdikari melalui inisiatif ekonomi dan pertanian,”katanya.

Kementerian berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Bajet 2023 masih tertakluk kepada kelulusan Parlimen yang bakal bersidang semula selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Bagaimanapun, kementerian berpendapat pihaknya perlu memberi pencerahan mengenai beberapa perkara yang kurang jelas atau telah disalah tafsir berhubung Bajet 2023.

Katanya, ini kerana terdapat kekangan masa untuk Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memperincikan segala butiran mengenai lebih 200 inisiatif semasa pembentangan belanjawan tersebut. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan