Sunday, June 14, 2026

Sultan Johor kurnia 103,000 unit khemah bencana

Kesemua unit khemah kubik yang bernilai RM19 juta itu disalurkan kepada negeri-negeri di seluruh negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 103,000 unit khemah kubik bernilai RM19 juta kepada negeri-negeri di seluruh negara.

Menerusi hantaran terbaru di laman sosial baginda, memaklumkan khemah kubik kurniaan baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) itu adalah untuk kegunaan sewaktu bencana alam bagi menempatkan mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Majlis simbolik penyerahan khemah kubik kepada wakil-wakil setiap negeri disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Polo, Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Setiap negeri mendapat lebih 5,000 unit khemah yang telah disampaikan oleh YSIJ.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Azmi Rohani dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengurusan Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia), Datuk Khairul Shahril Idrus.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan