31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

3 kelas SMK Seri Ampang musnah terbakar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran pagi ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihafizam Othman, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.56 pagi.

Menurutnya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Keramat ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan tiga kelas di bahagian bumbung.

Advertisements

“Tindakan pantas diambil untuk mengawal kebakaran di mana sebuah mengalami kemusnahan 100 peratus, manakala dua lagi mengalami kemusnahan 80 peratus dan 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, api dapat dikawal pada jam 5.18 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan