26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Laporan penuh kes Adib diketahui esok

Laporan berhubung isu dan tindakan perundangan kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh turut diketahui pada hari sama.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAPORAN penuh pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan dan kajian terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan diketahui esok.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang berkata kerajaan turut dijangka menerima laporan berhubung isu dan tindakan perundangan kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh pada hari sama.

“Esok saya dua mesyuarat. Pasukan petugas khas akan serah laporan itu (laporan Allahyarham Muhammad Adib, Pulau Batu Puteh) dalam mesyuarat berkenaan.

“Semalam, saya sudah bermesyuarat berhubung buku Tan Sri Tommy Thomas (bekas Peguam Negara) dan laporan mengenainya sudah diterima,” katanya lapor BH Online.

Advertisements

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, semua laporan itu akan dibentangkan kepada Kabinet untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri, selepas itu Jemaah Menteri akan buat keputusan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan laporan penuh membabitkan siasatan kes Allahyarham Muhammad Adib, Pulau Batu Puteh dan Tommy Thomas akan diketahui menjelang hujung bulan ini.

Laporan itu susulan keputusan kerajaan menubuhkan tiga jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terhadap kes berkenaan.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan