26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kes doktor pelatih jatuh apartmen tiada unsur buli – HWCITF

Isu kematian pegawai perubatan siswazah (PPS) tidak ada kena mengena dengan unsur buli.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAPORAN terkini kes seorang doktor pelatih maut terjatuh dari sebuah apartmen di Pulau Pinang, mengesahkan tidak mempunyai unsur gejala buli.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF), Prof. Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil analisis ke atas laporan pengesanan dan pengesahan dijalankan Unit Integriti Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hasil analisis ke atas laporan pengesanan dan pengesahan Unit Intergriti, kami merumuskan tiada bukti kukuh dengan elemen buli di tempat kerja.

Advertisements

“Kami mengekalkan pandangan bahawa isu kematian pegawai perubatan siswazah (PPS) itu tidak ada kena mengena dengan unsur buli kecuali ada lagi maklumat baharu,” katanya pada taklimat khas HWCITF, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Dr. Siti Hamisah berkata, setakat ini juga tiada perkembangan tambahan dikeluarkan pihak polis melalui penyiasatan ke atas kes berkenaan.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan