28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Malaysia bakal jadi tumpuan aktiviti e-sukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan terus membangunkan infrastruktur e-sukan yang diperlukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, perkara itu sememangnya ada dalam Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025 selain daripada penganjuran aktiviti dan pertandingan.

Katanya, e-sukan adalah industri yang sedang berkembang dan mampu memberikan impak ekonomi besar dengan jumlah penonton mencecah 435 juta di seluruh dunia.

“E-Sukan juga adalah perniagaan berjuta dolar dengan industri e-sukan saja pada 2022 dijangka menjana AS$1.6 bilion,” katanya dalam sidang media kejohanan ESL One 2022 hari ini.

Mengulas lanjut, Ti berkata keupayaan Malaysia menganjurkan kejohanan ESL One yang mengumpulkan 12 pasukan terbaik seluruh dunia memberi petanda positif tentang potensi Malaysia untuk terus dipilih menganjurkan kejohanan e-sukan bertaraf antarabangsa pada masa depan.

Baca juga:   Akta Anti-Doping Malaysia 2021 akan dikuatkuasakan

“Kita boleh lihat kepada kejohanan ESL One kali ini, jualan tiket habis sepenuhnya dengan lebih 4,000 sudah terjual. Malah, jumlah tontonan dijangka sekitar 15 juta memandangkan pasukan bertanding mempunyai saiz peminat yang besar,” katanya.

Sebanyak 12 pasukan bertanding pada kejohanan ESL One 2022 yang akan berlangsung di Resorts World di Genting Highlands dari 23 hingga 28 Ogos ini antaranya Team Secret, OG, Fnatic, Alliance, Team Liquid, Nigma Galaxy, Entity, Team Aster, Boom Esports, Talon Esports, TSM FTX dan Thunder Awaken.

Baca juga:   Lanjut tempoh PdPR, semua pihak lebih bersedia

Mereka akan bersaing dalam permainan video Dota 2 untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah AS$400,000 (RM1.78 juta).

Sebagai rekod, kejohanan ESL One 2022 adalah edisi ketiga dianjurkan di Genting Highlands selepas mendapat sambutan hangat pada 2017 dan 2018. – BERNAMA

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan