Sunday, June 14, 2026

Lapan kematian, 3,213 kes baharu Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lapan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,977 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan portal COVIDNOW, terdapat dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 3,213 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan 11 kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,683,266 kes.

Selain itu, seramai 43,080 individu atau 96.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 20 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,510 kes pula dirawat di hospital dan 54 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan