32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Nahas pesawat terhempas: PM ucap takziah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang maut dalam nahas pesawat jenis PIPER 28-161 terhempas di Sungai Rokam berdekatan Medan Gopeng di Ipoh, malam tadi.

Perdana Menteri berkata, beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan itu.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sambil malahirkan rasa dukacita atas kejadian itu, Perdana Menteri turut mendoakan seorang lagi mangsa, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin yang cedera agar segera sembuh.

Advertisements

Terdahulu, medaia melaporkan kemalangan melibatkan sebuah pesawat yang sedang menjalani latihan penerbangan berdekatan Medan Gopeng, Ipoh, Perak.

Nahas berkenaan turut disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Chester Voo berkata, seorang juruterbang maut manakala seorang lagi cedera parah.

Menurutnya, pesawat latihan itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan