30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPM bincang tetap kadar baharu RMT di sekolah – Radzi

KPM sentiasa menambah baik program RMT dari semasa ke semasa, termasuk melaksanakan pemberian susu kepada murid sekolah rendah yang layak.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan agensi pusat mengenai penetapan kadar baharu bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata bagaimanapun, perkara itu tertakluk kepada kelulusan dan keupayaan kewangan semasa kerajaan.

“Kadar semasa RMT adalah sebanyak RM2.50 di Semenanjung Malaysia dan RM3 di Sabah, Sarawak serta Labuan. Kadar ini digunakan mulai 2016,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) di Dewan Rakyat.

Katanya, KPM sentiasa menambah baik program RMT dari semasa ke semasa, termasuk melaksanakan pemberian susu kepada murid sekolah rendah yang layak sudah disediakan sebanyak dua kali seminggu bawah Program Susu Sekolah (PSS) mulai 1980.

“PSS kemudian digabungkan dengan RMT yang mana mulai 2022 pemberian susu ditingkatkan kepada setiap hari persekolahan,” katanya.

Program RMT adalah pemberian makanan tambahan kepada murid sekolah rendah yang layak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Terdahulu media melaporkan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya kadar RMT bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata, kementeriannya sudah mengemukakan syor supaya peruntukan KPM bagi RMT ditingkatkan kepada Kabinet bagi memastikan murid mendapat makanan berkhasiat. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan