24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Nahas pesawat ringan: Jurulatih penerbangan maut

Polis tidak menolak kemungkinan pesawat Piper PA 28 bernombor pendaftaran 9M-BAA berkenaan berlepas dari sekolah penerbangan terbabit lebih awal.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG jurulatih penerbangan maut, manakala seorang lagi selamat dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di Ipoh, malam ini.

Dalam kejadian itu, pesawat berkenaan terhempas berhampiran rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian 8.10 malam itu, jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, Semenyih, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa berusia 62 tahun cedera.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan pesawat Piper PA 28 bernombor pendaftaran 9M-BAA berkenaan berlepas dari sekolah penerbangan terbabit lebih awal.

“Kita percaya mereka terbang lebih awal dari sebelum kejadian itu namun belum dapat dipastikan sama ada mereka sedang menjalani latihan atau sebaliknya.

“Untuk mengatakan kejadian disebabkan faktor cuaca, keadaan cuaca ketika polis sampai di tempat kejadian adalah baik. Jadi, punca masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mior Faridalathrash berkata, kedua-dua mangsa berkenaan berjaya dikeluarkan dari bangkai pesawat dan mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pada 9.24 malam.

Advertisements

Menurutnya, pihaknya sudah meminta pihak syarikat yang mengendalikan penerbangan dua mangsa itu supaya menghubungi waris masing-masing.

“Siasatan mengenai punca sebenar kejadian diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang difahamkan akan memulakan siasatan pada malam ini juga,” katanya.

Sementara itu, CAAM mengesahkan kejadian pesawat yang terhempas berkenaan berlaku ketika menjalani latihan penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Chester Voo berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.07 malam.

“Jenis pesawat yang terbabit adalah Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA berkenaan dikendalikan BATS Aviation Sdn Bhd.

Beliau berkata, siasatan lanjut dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan