24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jangan tergesa-gesa tarik sekatan eksport ayam

Sebelum ini pelbagai manipulasi dilakukan kartel yang menguasai pasaran dengan mendakwa bekalan tidak mencukupi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN diingatkan supaya tidak tergesa-gesa memenuhi desakan kartel penternakan ayam yang menggesa sekatan eksport ayam ditarik balik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan perlu kekal dengan keputusan berkenaan selagi belum wujud mekanisme dan formula tepat untuk menstabilkan harga ayam.

“Kerajaan usah tergesa-gesa akur memenuhi desakan pihak Kartel penternakan ayam agar menarik balik sekatan eksport ayam.

“Yang jelas sekarang harga ayam telah turun ke paras tidak melebihi RM8.50 berbanding satu ketika mencecah melebihi RM10 sekilo,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai manipulasi dilakukan kartel yang menguasai pasaran dengan mendakwa bekalan tidak mencukupi, sehingga kerajaan terpaksa melakukan langkah drastik melarang eksport ayam mulai 1 Jun lalu.

“Selagi belum wujud mekanisme jelas dan formula tepat untuk Kerajaan menstabilkan harga ayam yang tiba-tiba hari ini boleh pula harga turun dan bekalan berlebihan, jangan cepat menarik balik sekatan eksport ayam,” katanya.

Terdahulu, pihak penternak menggesa kerajaan menarik balik sekatan eksport ayam secara berperingkat susulan situasi lambakan ternakan yang berlaku ketika ini, sekali gus didakwa menjejaskan kumpulan itu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan