Tuesday, July 21, 2026

Gempar, pesawat ringan terhempas di Gopeng, Ipoh

Dua orang tercedera dalam insiden tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH pesawat ringan terhempas di Medan Gopeng, Ipoh, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Difahamkan, pesawat berkenaan terhempas berhampiran jenjantas menuju ke Sungai Pinji dekat Medan Gopeng, Ipoh.

Menurut sumber, dua orang tercedera dalam insiden tersebut.

Pesawat berkenaan dikatakan terhempas ke dalam longkah di lokasi tersebut.

Susulan kejadian tersebut, tular di media sosial video berdurasi 42 saat memaparkan pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang berada di dalam pesawat ringan tersebut.

Kejadian berkenaan juga dilaporkan menyebabkan laluan tersebut sesak.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai mangsa serta kejadian berkenaan.

(berita lengkap menyusul)

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan