33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tak perlu simpati kepada Tok Det, Syed Saddiq di Dewan Rakyat

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

TOK Aba antara orang kampung yang mengikuti sidang Dewan Rakyat secara langsung pada Isnin lalu. Kalau tengok suasana dalam dewan masa tu, orang kampung Tok Aba kata, boleh ‘terbakaq dewan’ pasai ‘panas sangat’ masa pemilihan speaker.

Tok Aba puji tindakan Tok Taki (Takiyuddin Hassan) yang buat usul dewan ditangguh sebab masa tu memang semua ahli Parlimen tak kira kerajaan mahupun pembangkang macam dah tak boleh kawal perasaan.

Apabila cucu Tok Aba bagi tau komen-komen dalam media sosial, ada yang Tok Aba setuju, ada yang Tok Aba tak setuju.

Tok Aba setuju bila ada yang ‘bantai’ ahli Parlimen yang guna perkataan tak elok kat ahli Parlimen lain. Dalam keadaan apapun kena jaga adab, budi bahasa.

Tapi Tok Aba tengok berbanding ahli Parlimen kerajaan, ahli Parlimen pembangkang lebih teruk lagi perkataan dan perangai depa. Kalau tak percaya, pi tengok balik rakaman masa Speaker Tok Art (Azhar Harun) mula masuk dewan dan berucap. Kalau tak mau suasana tegang masing-masing kena jaga bahasa dan perangai.

Tapi Tok Aba pun faham, puak-puak pembangkang memang tunggu masa sidang Dewan Rakyat sebab ini kali pertama depa masuk dewan untuk sidang penuh, 18 Mei lalu masuk kejab saja tak ada sesi soalan dan perbahasan.

Maklumla orang tengah marah hilang kuasa, mestilah bila ada peluang ‘serang’ kerajaan, depa akan serang habis-habisan. Bila kita dah ‘serang’ orang, kita juga kena bersedialah untuk kena ‘serang’ balik, apatah lagi bila tak habis-habis dok panggil kerajaan ‘tebuk atap’, kerajaan ‘pintu belakang’.

Lepas tu ada yang dok kata kesian kat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena ‘perlekeh’ masa berucap. Ada juga yang simpati kat Tok Det.

Bagi Tok Aba, apa yang Syed Saddiq kena masa nak mencelah Tok Det berbahas tu, bagus untuk dia. Tu pun bukan kategori ‘perlekeh’, lebih kepada gurauan, bila kata ‘cucu nak bercakap’.

Lagipun itulah ‘asam garam’ bila kita dah jadi ahli Parlimen. Kita kena sedia hadapi suasana macam tu kat Dewan Rakyat. Kalau tak mau hadapi keadaan tu, pi masuk debat kat dewan sekolah.

Jadi Syed Saddiq tak payah nak ‘merengek’ sebab kena ‘bahan’ dalam dewan. Tok Aba sendiri pun tak simpati kat dia sebab Tok Aba tau, semua tu ilmu yang dia tak boleh dapat kat universiti.

Dunia politik ni bukan sebarangan orang boleh masuk. Kalau setakat pandai panjat pagar, ambik gambar masa baca buku, buat Tik Tok tu belum cukup lagi. Hati kena ‘keras’, semangat kena kuat, seni politik kena pandai.

Advertisements

Tok Aba harap Syed Saddiq akan jadi lebih matang melalui pengalaman di Dewan Rakyat dan pi belajar ilmu politik dengan Tok Det. Jangan asyik dok bela Tok Det saja, tapi tak belajar apa-apa ilmu, sayang la. Ikhlas cakap, Tok Aba tengok Syed Saddiq kena belajar banyak lagi kalau mahu jadi ahli politik hebat.

Macam juga Tok Det, memang la Tok Aba kesian bila tengok muka dia masa kena ‘serang’ dengan ahli Parlimen kerajaan, tetapi itulah risikonya bila Tok Det pilih untuk dok belah pembangkang.

Tok Aba percaya, kalau dia dok sebelah kerajaan PN, dia akan kena ‘serang’ lebih teruk lagi. Hari tu Tok Aba tengok cara ahli Parlimen kerajaan tak lah biadab masa berhujah dengan Tok Det. Bila suara depa kuat, nampak la macam biadab tapi sebenarnya tidak.

Depa cuma persoalkan pasai apa Tok Det letak jawatan, depa pun kata Tok Det masa jadi PM, tukaq (tukar) orang sana, tukaq orang sini, tak bagi alasanpun, pasai apa mai tang (masa) nak tukar speaker pandai pulak tanya alasan.

Tok Aba nak ingatkan, majoriti ahli Parimen kerajaan pernah bersama Tok Det, depa dah tau macam mana politik Tok Det, sebab tu depa berani bercakap. Tok Aba puji cara Tok Shahidan Kassim beri laluan bila Tok Det nak bagi penjelasan. Cara Tok Shahidan bercakap penuh berhemah.

Bila Tok Det tak boleh nak berhujah, dia buat keputusan untuk duduk, tu hak dia la, pasai apa pi kait dengan telatah ahli Parlimen kerajaan. Kalau pemimpin PH atau penyokong Tok Det kesian kat Tok Det minta la Tok Det bersara, duduk saja kat rumah. Bila senang-senang Tok Det balik Kedah, boleh Tok Aba teman pi masjid sama-sama.

Bila umur 95 tahun, memang la kesian bila nampak orang macam ‘kasar’ kat Tok Det, tapi nak buat macam mana Tok Det yang pilih jalan tu, bukan ada orang paksa suruh dia macam ‘tongkat langit’ berpolitik sampai akhir hayat.

Jadi tok sah lah dok emosional sangat, tengok keadaan Tok Det kat Dewan Rakyat, yang penting tak ada sapa-sapa yang cakap bukan-bukan atau biadab kat Tok Det.

Tok Aba yakin ahli-ahli Parlimen kerajaan tetap hormat Tok Det sebagai bekas Perdana Menteri, walaupun Tok Det kata macam-macam kat depa terutamanya UMNO. Cuma depa berbeza pendirian politik, itu saja,

Tok Detpun dah kata mungkin akan tubuh parti baru dan tanding dalam pilihan raya, maknanya Tok Det tak kisah dan dah sedia terima tindak balas daripada lawan politiknya.

Kesimpulannya, Tok Aba nak cakap tak payahlah simpati kat Tok Det dan Syed Saddiq bila depa dalam Dewan Rakyat. Tok Det cukup berpengalaman manakala Syed Saddiq pula boleh dapat ilmu.

Seperkara lagi, jangan bimbang Dewan Rakyat ada undang-undang dan peraturan, Inshaallah, Speaker tahu apa nak buat kalau ada yang melampau dalam bercakap atau bertindak.

Advertisements

Terkini

Menangi lebih RM400,000 menerusi Anugerah HONOR Magic Moments 2024

ANUGERAH HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024. Pertandingan...

Lagi Artikel Berkaitan