32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Pesalah gangguan seksual kanak-kanak disebat 74 kali

Mesti Baca

JAKARTA – Seorang lelaki Aceh dijatuhi hukuman sebat sebanyak 74 kali selepas dia didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki bawah umur.

CNN Indonesia melaporkan,hukuman sebat ke atas lelaki yang dikenali dengan nama MZ atau Coy itu dilakukan di perkarangan pejabat hakim daerah Aceh Utara, semalam.

Tidak seperti kebiasaannya, pelaksanaan hukuman sebat itu dibuat ketika tertuduh diminta memakai pelitup muka, mencuci tangan sebelum disebat dan memakai pelindung muka sebagai langkah pencegahan Covid-19.

MZ didapati bersalah mengikut Qanun Aceh nombor 6 tahun 2014 tentang hukum jenayah dan dijatuhi hukuman sebat 80 kali namun dikurangkan kepada 74 sebatan.

“Dia terbukti melakukan gangguan seksual yang dilakukan pada malam hari terhadap kanak-kanak bawah umur,” kata Ketua Hakim Aceh Utara, Firman Priyadi.

Firman menjelaskan, kanak-kanak itu kedua-duanya merupakan murid sebuah pesantren ketika MZ merupakan kakitangan premis berkenaan.

“Dari pengakuannya, kejadian berlaku sejak November 2019 hingga Januari 2020 di pesantren itu,” katanya.

Atas kelakuan tertuduh, mangsa keberatan menceritakan peristiwa hitam dialaminya kepada rakan-rakannya sebelum menceritakan insiden itu kepada ibu bapa mereka yang membuat laporan polis.

Baca juga:   Tentera Udara AS 'menyamar' jadi pesawat Malaysia intip China?

Sementara itu, berdasarkan data yang dikeluarkan Pusat Pelayanan Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak Aceh, terdapat 200 kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak sepanjang tahun ini sahaja.

Tiga jenis kes tertinggi yang dialami mereka samada gangguan seksual dengan 69 kes, rogol (33 kes) dan keganasan psikologi (58).

Baca juga:   Hospital Medan Malaysia Cox's Bazar diserah kepada Bangladesh

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan