28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Pegawai kanan polis maut digilis lori

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai kanan polis maut digilis lori dalam kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah lori di Kilometer 11, Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga) menghala ke ibu kota, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kemalangan berlaku pada pukul 4.45 petang apabila mangsa yang berusia 28 tahun itu dari Maktab Polis Diraja Malaysia menghala balik ke rumah di Gombak.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Mohd. Farhan Zahari, berpangkat inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya cuba memintas lori di bahu kiri jalan.

Keadaan jalan yang berpasir menyebabkan “motosikal dinaikinya hilang kawalan lalu terjatuh di hadapan tayar belakang sisi kiri lori sebelum digilis lori terbabit.

Advertisements

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan mati di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat.

Tambahnya, kenderaan terlibat turut dibawa di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk pemeriksaan dan kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan