25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Nak ikut kakak, kanak-kanak maut dilanggar bas sekolah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KANAK-KANAK perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya melintas jalan di hadapan rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian 12.15 tengah hari, kanak-kanak itu keluar rumah dan mengekori kakaknya yang mahu menaiki bas untuk ke sekolah.

Menurutnya, ketika kejadian, kakak mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya sebelum terperosok di bawah bas yang bergerak.

Advertisements

“Sebaik kejadian disedari, kanak-kanak itu dihantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi dan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan