27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Khabar angin rombakan Kabinet: Hamzah TPM, Mahdzir ke KDN?

Mesti Baca

KHABAR angin yang menyatakan akan berlaku rombakan Kabinet bertiup kencang malam ini susulan peletakan jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Khabar angin yang disebarkan menerusi aplikasi media sosial itu antara lain menyebut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan diletakkan di Kementerian Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Manakala Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu akan ditugaskan di Kementerian Luar menggantikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Tempat Mahdzir pula akan diisi oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Tempat Reezal Merican pula akan digantikan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Seri Halimah Mohd Sadique,” kata satu sumber yang didakwa diperoleh daripada Sinchew Daily.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut siapa pengganti Zuraida di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Advertisements

Sementara itu Malay Mail yang memetik beberapa sumber mendakwa, Hamzah bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet yang akan diumumkan minggu depan.

Media itu menyebut, rombakan Kabinet itu akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membolehkan kerajaan bertahan sehingga habis penggal.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan mengenai khabar angin tersebut sementelah Perdana Menteri masih berada di Jepun dalam rangka lawatan rasmi.

Zuraida meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi setelah beliau membuat keputusan meninggalkan Bersatu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Bekas Ketua Wanita PKR itu menyertai Bersatu dalam gerakan yang dinamakan Langkah Sheraton bersama beberapa Ahli Parlimen PKR lain sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tumbang.

Ahli Parlimen Ampang itu dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kerajaan PH dan kekal dalam potfolio itu di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan