26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bersatu tuntut kerusi menteri dikosongkan Zuraida

Mesti Baca

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut kerusi menteri Kabinet yang dikosongkan Datuk Zuraida Kamaruddin agar dikembalikan kepada parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerusi tersebut merupakan kuota untuk parti tersebut ketika mereka menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, beliau akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet.

“Saya akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet memandangkan kedudukan Zuraida sebagai menteri adalah atas kuota Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang hari ini mengumumkan keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

ZURAIDA KAMARUDDIN

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kedudukan Zuraida sebagai ahli Bersatu telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu baru-baru ini.

Advertisements

Ini setelah terdapat laporan yang menyatakan bekas Ketua Wanita PKR itu terlibat secara langsung dalam penubuhan PBM dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti itu.

Sehubungan itu, jelas Muhyiddin, satu surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Zuraida pada 9 Mei lalu manakala Ahli Parlimen Ampang itu membalasnya menerusi surat bertarikh pada 23 Mei.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Zuraida sepatutnya dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti namun kenyataan media yang dibuat beliau hari ini menyebabkan keahliannya dalam Bersatu gugur dengan sendiri berdasarkan Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas peletakan jawatan Zuraida mahukan Perdana Menteri melantik seorang ahli Parlimen yang setia kepada parti sebagai pengganti.

Bagaimana pun beliau tidak menyebut parti yang diwakili ahli Parlimen yang akan menggantikan Zuraida.

Susulan peletakan jawatan oleh Zuraida, telah tersebar khabar angin menyatakan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat melibatkan beberapa portfolio. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan