27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dua kanak-kanak alami gejala teruk HFMD dirawat di ICU – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA kanak-kanak yang disahkan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan mengalami gejala teruk dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kedua-dua kanak-kanak itu positif virus enterovirus 71 (EV71).

Menurutnya, pada 25 Mei lalu, kanak-kanak pertama telah beransur pulih dan tidak memerlukan bantuan pernafasan lagi, namun masih dipantau di ICU.

“Manakala kes kedua mash lagi memerlukan bantuan pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.

“Survelan virus penyebab HFMD mendapati virus enterovirus 71 (EV71), Coxsackie A16 (CA16) dan Coxsackie A6 (CA6) adalah virus yang predominant (utama) yang berada dalam persekitaran Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Khairy lagi, dari 1 Januari hingga semalam, sebanyak 57,510 kes HFMD telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 24 kali ganda bagi tempoh
yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik) iaitu 2,333 kes.

Bagaimanapun menurutnya, jika dibandingkan dengan tempoh masa yang sama bagi tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19, peningkatan kes pada tahun ini adalah sebanyak 27,664 kes iaitu hampir sekali ganda.

“Peningkatan kes mula melebihi paras waspada atau alert line iaitu 878 pada minggu epid (ME) 11/2022 iaitu 13 hingga 19 Mac apabila sebanyak 895 kes dilaporkan.

“Kes HFMD semakin meningkat sehingga melebihi paras amaran atau warning level iaitu 1215 pada ME14/2022 iaitu 3 hingga 9 April apabila sebanyak 1,653 kes dilaporkan.

Advertisements

Menurutnya, peningkatan kes ketara berlaku sejak April 2022 berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk sesi kehadiran penh sekolah, taska, tadika dan tabika.

“Selain itu, kebersihan diri yang tidak terjaga terutama amalan mencuci tangan, penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka (face mask)
boleh menyebabkan berlakunya jangkitan HFMD.

Tambah beliau lagi, peningkatan kes tersebut semakin memuncak pada ME20/2022 dan ME21/2022 disebabkan oleh aktiviti sosial semasa sambutan Hari Raya.

“Sehingga kini, bilangan kes mingguan terus meningkat dengan julat kes dilaporkan antara 1,500 ke 15,000 seminggu atau 300 hingga
2,000 kes sehari.

Menurutnya, lima negeri yang mempunyai bilangan kes tertinggi ialah Selangor iaitu 16,286 kes bersamaan 28.32 peratus, Kuala Lumpur dan Putrajaya 7,298 kes (12.69 peratus), Perak 5,045 kes (8.77 peratus), Kelantan 4,194 kes (7.29 peratus) dan Sabah 3,829 kes (6.66 peratus).

“Kes paling banyak dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, iaitu 52,846 kes bersamaan 92 peratus. Manakala kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun adalah seramai 3,741 kes (7 peratus).

“Kumulatif kejadian wabak HFMD bagi tahun 2022 sehingga 25 Mei adalah sebanyak 1,370 dengan bilangan kes sebanyak 5,203 kes (9.05% daripada jumlah keseluruhan kes). Selebihnya adalah kes sporadik.

Menurutnya, daripada 1,370 wabak yang dilaporkan, majoriti berlaku di taska/tadika/tabika/pra-sekolah iaitu sebanyak 832 wabak bersamaan 61 peratus, rumah persendirian: 482 bersamaan 35 peratus dan pusat jagaan 45 wabak bersamaan tiga peratus).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan