25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

KPLB sedia bantu atasi masalah internet luar bandar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia membantu kerajaan dalam menangani masalah capaian internet di kawasan luar bandar terutama membabitkan sekolah-sekolah Kemas.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mempunyai beberapa pilihan yang boleh dilaksanakan bagi tujuan itu namun ia bergantung kepada pihak kerajaan dalam menentukannya.

Ini kerana menurut beliau, pengurusan capaian internet termasuk di luar bandar bukanlah di bawah bidang kuasa KPLB sebaliknya ia melibatkan kementerian lain.

“Namun, saya sedia bawakan perkara ini dalam usaha membantu meningkatkan kualiti internet di luar bandar.

“Ini melihat kepada keadaan kekurangan capaian internet kita khususnya di sekolah Kemas di luar bandar. Sekolah Kemas dibawah KPLB sahaja ada 11,000 buah.

“Berapa ribu sahaja ada capaian internet. Jauh daripada bandar sudah tentu capaian rendah.

“Jadi, persoalannya macam mana kita nak tolong. Ini bermakna ada usaha yang kita buat akhirnya nanti kita dapat membantu kerajaan tingkatkan capaian di luar bandar khususnya di Kemas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anaugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi KPLB Tahun 2021 di Hotel Movenpick KLIA, Sepang, hari ini.

Mahdzir berkata, pihaknya menerima apa sahaja keputusan kerajaan kerana baginya apa yang penting semua kampung memperoleh kemudahan tersebut.

“Yang penting kampung itu dapat kemudahan capaian internet, kalau dapat 80 megabait (mb) itu paling baik, daripada dapat hanya 10 mb,” katanya. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan