29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

‘Health Alert monkeypox’ dalam aplikasi MySejahtera mulai esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

‘HEALTH Alert monkeypox’ akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, aplikasi MySejahtera akan membolehkan pengguna memperoleh amaran kesihatan sekiranya mereka dijangkiti virus ‘monkeypox’ (cacar monyet). 

Menurutnya, selepas pengembara mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara
endemik monkeypox atau dari negara yang melaporkan kes monkeypox akan menerima Health Alert tersebut setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan
kesihatan kendiri.

“Malah, Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di negara endemik monkeypox atau di negara yang melaporkan kes monkeypox, untuk mengelakkan
aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan monkeypox.

“Pengembara yang bergejala dan berkemungkinan dijangkiti virus monkeypox untuk menunda perjalanannya ke luar negara.

“Selain itu menurutnya, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan menunjukkan gejala
dijangkiti monkeypox dinasihatkan segera membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Khairy lagi, pengembara yang tiba dari negara endemik monkeypox atau negara
yang melaporkan kes monkeypox untuk membuat pemantauan kendiri tanda dan gejala jangkitan monkeypox dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan.

Menurut beliau, sekiranya bergejala, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

“KKM juga telah mempertingkatkan survelan penyakit monkeypox dalam negara. Sekiranya terdapat kes yang disyaki, probable atau disahkan monkeypox, Pengamal Perubatan dikehendaki membuat notifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran dalam masa 24
jam.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut melampirkan senarai negara endemik monkeypox yang melaporkan kes dari 15
Disember tahun lalu hingga Mei iaitu Cameroon, Central African Republic, Democratic Republic of the Congo, Nigeria.

Manakala, senarai negara bukan endemik monkeypox yang telah melaporkan kes monkeypox ialah Australia, Belgium, Canada, France, Germany, Italy, Netherlands, Portugal, Spain, Sweden, United Kingdom dan United States of America.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan