33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Murid tahun empat maut digilis treler, ibu cedera ringan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG murid perempuan Tahun Empat maut selepas motosikal diboncengnya terlanggar sebuah treler di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa berusia 10 tahun maut di tempat kejadian kerana parah selepas dilanggar treler tersebut.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 1.45 petang ketika mangsa sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibunya.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila ibu mangsa (penunggang motosikal) berusia 47 tahun gagal mengawal motosikal dan hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berada di laluan yang sama.

“Penunggang motosikal berjaya menyelamatkan diri namun mangsa yang terjatuh daripada motosikal digilis treler menyebabkannya maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

“Ibu mangsa yang mengalami luka ringan dirawat di unit kecemasan hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan