27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Pelantikan Tajuddin dipersetujui Indonesia – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELANTIKAN Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnyai, Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah mendapat surat persetujuan daripada Jokowi.

“Dia (Tajuddin) orang politik lama dan berpengalaman, kita tunggulah dia menjalankan tugas,” katanya, lapor Astro Awani.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kritikan terhadap pelantikan Tajuddin bagi menggantikan diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Mengenai kritikan daripada pelbagai pihak, kata Ismail Sabri, sesiapa sahaja berhak melakukannya.

Advertisements

“Sesiapa pun yang dilantik, bukan semua orang puas hati,” katanya.

Pelantikan Tajuddin yang juga veteran UMNO dikritik kerana mengambil alih peranan yang sepatutnya digalas oleh diplomat.

Bagaimanapun, Tajuddin bukan ahli politik pertama dihantar berkhidmat sebagai Duta Besar ke Indonesia kerana sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga seorang ahli politik pernah dilantik sebagai Duta Besar ke negara itu.

Zahrain dilantik semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Tajuddin yang berusia 74 tahun, pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Ismail Sabri ke Indonesia bertemu Presiden Jokowi pada November lalu.

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan