27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

TMC LLM, 25 pusat kawalan trafik pantau perjalanan lebuh raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI memastikan kelancaran trafik musim perayaan Pusat Pengurusan Trafik (TMC) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan 25 pusat kawalan trafik lebuh raya bertol di negara ini dijadikan pusat utama penyaluran maklumat serta trafik terkini sepanjang Aidilfitri minggu depan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata TMC LLM sentiasa bersedia memantau perjalanan di lebuh raya dan menyalurkan informasi grafik terkini yang tepat kepada pengguna lebuh raya.

Beliau berkata, TMC LLM dan syarikat konsesi lebuh raya akan beroperasi 24 jam sehari bermula Jumaat ini hingga 9 Mei nanti.

“Pengguna disarankan menghubungi TMC melalui talian hotline 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat status trafik ketika di lebih raya,” katanya, lapor BH Online.

Advertisements

Terdahulu beliau melancarkan Kempen Keselamatan Lebuh Raya Sempena Aidilfitri 2022, di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil arah Selatan di Lebuh Raya Elite, petang ini.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) menjangka kesesakan di beberapa lokasi berikutan pertambahan bilangan kenderaan pada Aidilfitri ini selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung menyambut raya akibat penularan COVID-19.

Susulan itu, katanya, pengguna jalan raya terutama di Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS), Lebuhraya KL- Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 (Karak – Jabor) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (Chenor – Kuala Terengganu) disaran menggunakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) disediakan syarikat konsesi.

“Ia bagi merancang perjalanan pulang ke kampung halaman dan kembali ke kota,” katanya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan