26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

Batu Puteh: Laporan akhir dibentang dalam masa terdekat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAPORAN akhir bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan disedia dan dibentangkan Pasukan Petugas Khas (PPK) dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan itu dibuat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Menurut beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan, mesyuarat mengambil maklum laporan interim yang dibentangkan PPK pada 25 April (semalam) dan turut memberikan input penambahbaikan untuk perhatian pasukan itu.

“Sehingga kini, PPK ini telah mengadakan 12 mesyuarat yang melibatkan beberapa siri mesyuarat PPK dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil Legal Aspects, Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance dan Jawatankuasa Kecil Hubungan Malaysia-Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, pasukan berkenaan dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan mengesyorkan opsyen terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan dalam tempoh enam bulan.

Baca juga:   Jawatankuasa khas kes Adib: Nota kepada Kabinet tidak lama lagi

“Kerajaan amat komited dengan keputusan ini untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan,” katanya.

PPK dipengerusikan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan dianggotai bekas Duta Besar Malaysia ke The Hague Datuk Ahmad Nazri Yusof, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek dan Datuk Tengku Ahmad Fuad Tengku Ahmad Burhanuddin (peguam).

Baca juga:   Undang-undang larang tukar parti dikuat kuasa sebelum PRU-15

Turut menganggotai PPK itu, wakil kerajaan negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, wakil Jabatan Peguam Negara Datuk Umar Saifuddin Jaafar, wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Hamdan Ab. Aziz serta wakil Kementerian Luar Negeri Shaharudin Onn.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Elemen amanah, keyakinan perlu diterap dalam pasukan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada jemaah menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang...

Lagi Artikel Berkaitan