26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

Tol percuma: Tetap perlu sentuh kad TnG, lalui lorong RFID

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA Lebuh Raya PLUS yang mahu memanfaatkan kadar percuma sepanjang empat hari tawaran tetap perlu mematuhi peraturan ditetapkan ketika di plaza tol termasuk syarat menyentuh kad Touch ‘n Go (TnG).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata, syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad mereka.

“Pengguna yang memilih menggunakan RFID juga perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada e-dompet mereka,” katanya.

Jelasnya, bagi pengguna kadTnG, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad sebelum memulakan perjalanan di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

“Ini bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad TnG yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.

Baca juga:   PM umum tol percuma, diskaun di 30 lebuh raya

“Pengguna lebuh raya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuh raya menerusi paparan CCTV disediakan,” katanya.

Ujar beliau lagi, pengguna lebuh raya juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol sebanyak antara 30 hingga 50 peratus mulai 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad.

Baca juga:   Tiada monopoli ujian saringan di lapangan terbang - MAHB

Sehubungan penawaran tol percuma, PLUS meminta pengguna menyusun jadual perjalanan balik kampung dan kembali semula ke ibu kota mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Berdasarkan tarikh pemberian tol percuma selama empat hari itu, PLUS menjangkakan sebahagian besar pengguna lebuh raya akan merebut peluang itu, sekali gus menjadikan tempoh perjalanan di lebuh raya mungkin lebih panjang.

Bagi menguruskan lonjakan trafik, PLUS mengambil segala langkah yang munasabah untuk membantu pengguna lebuh raya sepanjang tempoh berkenaan.

“Langkah-langkah sewajarnya telah pun diatur dengan pelbagai persediaan rapi membabitkan aspek perjalanan di lebuh raya, di plaza tol dan juga kawasan-kawasan rehat,” kata PLUS.

Wartawan

Baca juga:   Sejarah wang pemisahan waris Kesultanan Sulu - Bahagian Akhir

Terkini

Maulidur Rasul disambut di WTCKL Ahad ini

SAMBUTAN Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H bersamaan 2022M akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL),...

Lagi Artikel Berkaitan