28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Isu harga tiket ke Sabah akan ditangani – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU harga tiket penerbangan ke Sabah akan ditangani sebaik mungkin menerusi perbincangan yang akan diadakan antara kerajaan dengan pihak yang terlibat dalam industri.

Usaha itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak lagi bimbang ketika hendak pulang ke kampung halaman pada musim perayaan akan datang.

“Kerajaan sentiasa peka dengan keluh-kesah Keluarga Malaysia termasuklah isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah dan masa penerbangan ditunda ketika musim perayaan,” katanya,lapor MalaysiaGazette.

Ismail Sabri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mahu pembelaan daripada aspek kesejahteraan, keamanan dan kebajikan.

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina akan disemak semula bagi mengukuhkan hal ehwal pertahanan dan keselamatan di perairan Sabah.

Baca juga:   Ahli politik India hina Nabi, umat Islam diseru bersatu

“Kerajaan turut menyedari pentingnya kerjasama antara negara jiran dalam mengawal sempadan negara yang kini terus diperketat kawalannya,” katanya lagi.

Sempena lawatannya ke Sabah, perdana menteri turut mengumumkan berita gembira buat penduduk sekitar Pagalungan, Nabawan pada hari ini.

Jelasnya, penduduk kawasan berkenaan tidak perlu lagi meredah perjalanan sejauh 100 kilometer (KM) untuk ke Keningau semata-mata demi mendapatkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas.

Baca juga:   Ahli politik India hina Nabi, umat Islam diseru bersatu

Sebaliknya, penduduk boleh berurusan di semua pejabat Imigresen di negeri, termasuklah untuk memperbaharui Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Ujarnya, langkah ini demi memastikan tidak berlaku “no wrong door policy”.

Wartawan

Terkini

BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan