Saturday, June 13, 2026

Kapal Rusia tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan Kuala Linggi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGENDALI Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) tidak membenarkan hasrat sebuah kapal yang membawa bekalan minyak mentah dari Rusia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan berkenaan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menolak hasrat berkenaan supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.

“Memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan antarabangsa.

“MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kapal berkenaan dijangka berlabuh pada 5 Mac ini.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan