27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

COVID-19: Organ, tisu tidak boleh didermakan selepas meninggal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORGAN dan tisu individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 tidak boleh didermakan kerana virus tersebut adalah penyakit di bawah kategori penyakit berjangkit.

Pusat Sumber Transplan Nasional menerusi laman rasmi Facebooknya, berkata, virus tersebut berisiko untuk menjangkiti penerima melalui organ dan tisu yang didermakan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengeluarkan ketetapan mengenai perkara tersebut pada tahun 2020.

“Dalam Garis Panduan Perolehan dan Pendermaan Organ Selepas Kematian untuk COVID-19 keluaran tahun 2020 menyatakan semua bakal penderma organ perlu dilakukan ujian calitan COVID-19 sebelum prosedur perolehan organ dan tisu dilaksanakan.

Advertisements

“Pendermaan organ dan tisu kardaverik (selepas kematian) hanya boleh dilaksanakan apabila mendapat kebenaran waris secara bertulis menurut Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130),” katanya.

Ketika ini, seramai 493,481 individu direkodkan telah mendaftar untuk mendermakan organ mereka kepada Pusat Sumber Transplan Nasional.

Pusat Sumber Transplan Nasional sebelum ini turut memaklumkan bahawa seramai 4,924 pesakit masih menunggu untuk menerima pendermaan organ dengan buah pinggang adalah tertinggi iaitu 4,924 orang diikuti hati (10) dan jantung (lapan).

KKM melaporkan 55 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan