25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Banjir: 3 PPS dibuka tempatkan 42 penduduk di Raub

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat luar biasa dan banjir kilat mengakibatkan seramai 42 penduduk di daerah Raub, Pahang terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, PPS pertama dibuka di Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim pada jam 1.30 pagi yang menempatkan sebuah keluarga terdiri daripada lapan mangsa.

Menurutnya, tujuh buah keluarga terdiri 17 mangsa dari Kampung Ulu Sungai turut dipindahkan ke balai raya kampung tersebut yang dibuka pada jam 4 pagi.

Advertisements

“PPS ketiga dibuka pada jam 7 pagi hari ini (Selasa) di Masjid Kampung Jamek, menempatkan lima keluarga melibatkan 17 mangsa banjir dari Kampung Kuala Semantan.

“Air mula naik bermula kira-kira jam 12 tengah malam dan mengikut maklumat diperoleh, hujan lebat di bahagian ulu Sungai Lipis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Ujarnya, keadaan terkini paras air Sungai Lipis merekodkan 115.40 meter (m) melepasi paras bahaya iaitu 114.80m dan limpahan dijangka berlaku di hilir sungai tersebut.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan