24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

50 ‘laluan tikus’ seludup PATI dikenal pasti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 50 ‘laluan tikus’ telah berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dipercayai digunakan sindiket penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Klang, Selangor dan hingga ke Hutan Melintang, Perak.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, kebanyakan laluan itu terletak jauh dari pangkalan penguatkuasaan agensi itu bagi mengelakkan dikesan.

Katanya, laluan itu dikesan hasil pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan bagi membanteras aktiviti penyeludupan Pati sejak Januari lalu menerusi operasi khas sempena Tahun Baharu Cina.

“Seramai 201 Pati warga Indonesia serta seorang warga tempatan ditahan sepanjang tempoh itu mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Kesemua tangkapan dilakukan di perairan Sungai Buluh, Tanjong Karang dan Sungai Serdang, Selangor hasil kerjasama PPM, Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman.

Baca juga:   Anwar kata ada majoriti, dakwa kerajaan Muhyiddin jatuh

“Tahanan berusia 21 hingga 45 tahun yang terdiri daripada 159 lelaki dan 42 perempuan termasuk 13 daripada mereka berperanan sebagai tekong laut dan tekong darat,” katanya pada sidang media di Pejabat PPM, Batu Uban hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, menerusi operasi itu, 188 daripadanya juga ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Turut dirampas empat bot dan sejumlah wang yang keseluruhannya bernilai RM900,000,” katanya.

Ujar Shamsol, berdasarkan siasatan modus operandi yang digunakan sindiket mendapati bot yang dinaiki mereka diubah suai bagi memuatkan antara 100 hingga 200 penumpang.

Baca juga:   Anwar kata ada majoriti, dakwa kerajaan Muhyiddin jatuh

“Sindiket berkenaan bergerak antara jam 9 malam hingga 2 pagi tanpa menyalakan lampu.

“Kesemua Pati itu dijanjikan pekerjaan di Malaysia seperti dalam pelbagai sektor termasuk perladangan dan sebagai pembantu rumah.

“Menerusi siasatan lanjut, ahli sindiket berkenaan menerima upah antara RM1,500 hingga RM2,000 untuk seorang Pati.

“Menggunakan bot yang diubah suai, sindiket menggunakan laluan di perairan itu berikutan jaraknya antara empat hingga lima jam sahaja,” katanya.

Terkini

BN diisytihar musuh utama PN bukan mengejutkan – Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengisytiharan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh...

Lagi Artikel Berkaitan