31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jumlah kes harian terus melonjak, atasi kes sembuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH harian kes baharu COVID-19 di negara terus melonjak naik dan mencecah angka 13,000 pada hari ini dengan 13,944 kes dilaporkan sekaligus melepasi angka kes sembuh.

Lonjakan kes itu menjadikan jumlah kumulatif 2.94 juta (2,939,198) kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah daripada 13,944 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 73 kes (0.52 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala 13,871 kes (99.48 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 5,421 kes sembuh dicatatkan hari ini, dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 2,824,071 kes.

“Terdapat 17 kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,151 kluster serta 375 kluster aktif,” katanya.

Ujarnya lagi, terdapat 138 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 71 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam, media melaporkan jangkitan baharu COVID-19 negara mencatatkan jumlah kes baharu melebihi 11,000 dengan 11,034 kes dilaporkan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan