31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

3 remaja pamer aksi ‘superman’ menunggang motosikal, ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN tiga remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya seakan menjadikan Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH) sebagai litar lumba menerima padah apabila ditahan dalam Op Samseng Jalanan, petang semalam.

Dalam operasi yang bermula jam 4 petang itu, ketiga-tiga remaja berkenaan dikesan menunggang dalam keadaan berbahaya dengan bersaing sesama sendiri dan melakukan aksi Superman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad, berkata operasi menumpukan penunggang motosikal sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina.

“Skuad 42 JSPT Negeri Sembilan menjalankan penugasan Op Samseng Jalanan di SPDH jam 4 petang.

“Hasil daripada operasi ini, tiga individu berusia lingkungan 20-an bersama tiga motosikal yang ditunggang, ditahan kerana melakukan kesalahan memandu secara melulu, berbahaya dan bersaing sesama sendiri.

“Kesalahan dikesan dilakukan bermula dari kilometer (km) 15.2 hingga km 19 dari arah Port Dickson menghala ke arah Plaza Tol SPDH,” katanya, dalam satu kenyataan,lapor BH Online.

Advertisements

Beliau berkata, dua lelaki yang bekerja dalam sektor swasta berjaya ditahan bersama motosikal masing-masing selepas melakukan aksi bersaing sesama sendiri dengan menundukkan badan.

“Seorang lagi lelaki yang bekerja sebagai mekanik ditahan bersama sebuah motosikal yang ditunggang selepas melakukan aksi Superman dengan cara meniarap di atas tempat duduk,” katanya.

Shafiei berkata, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Port Dickson untuk tindakan lanjut.

“Ketiga-tiga mereka akan direman dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

“Mereka juga boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan