30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadamkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS 21 hari bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akhirnya berjaya menamatkan operasi itu sepenuhnya.

Perkara itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu dapat diselesaikan sepenuhnya semalam.

”Alhamdulillah misi memadam kebakaran di tapak pelupusan Pulau Burung telah berjaya disempurnakan sepenuhnya.

”Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan #WiraMerah Pulau Pinang serta pelbagai agensi persekutuan dan negeri dalam proses pemadaman kebakaran. Kerjasama bersepadu dapat mengakhiri misi ini dengan jayanya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Untuk rekod, tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.19 hektar dilaporkan terbakar dalam kejadian jam 4.43 petang pada 12 Januari lalu.

Kejadian itu menyebabkan hampir 90 buah keluarga dengan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu terpaksa dipindahkan selain 10 buah sekolah ditutup selama tiga hari.

Usaha memadamkan kebakaran itu yang dikesan pukul 5 petang 12 Januari lalu sebelum ini turut menggunakan kaedah ‘water bombing’ selama dua hari dengan bantuan dua buah helikopter Unit Udara JBPM Subang dan Pulau Pinang. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan