31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hampir 50 peratus individu terima dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 199,251 dewasa sudah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif populasi dewasa yang diberikan suntikan penggalak di negara ini kepada 11,531,403 atau 49.3 peratus.

Memetik laporan Bernama, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 22,921,716 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 23,199,172 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,785,992 individu atau 88.5 peratus telah menamatkan vaksinasi mereka,

Advertisements

Sementara itu, seramai 2,866,545 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian itu juga menunjukkan bahawa sejumlah 203,613 dos vaksin telah diberikan semalam, membabitkan 1,660 dos pertama dan 2,702 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 63,100,577.

Dalam pada itu, menurut portal Github KKM, 10 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan tiga kes, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes, manakala Johor, Perak dan Sarawak masing-masing satu kes.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan