Friday, July 24, 2026

ASB: Agihan pendapatan 4.25 sen, bonus 0.75 sen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan 5.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen dividen dan bonus 0.75 sen seunit.

Menurutnya, kadar agihan itu secara keseluruhannya menyamai kadar pada tahun lalu.

“Pengagihan pendapatan bagi tempoh 2021 membabitkan pembayaran kepada pemegang unit berjumlah RM8.9 bilion kepada 10.4 juta pemegang unit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB secara maya hari ini.

Turut serta, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

ASNB telah mengagihkan pendapatan berjumlah RM168.5 bilion sejak 30 tahun lalu.

INFO:

2021: 4.25 sen + 0.75 sen

2020: 4.25 sen + 0.75 sen

2019: 5.00 sen + 0.50 sen

2018: 6.50 sen + 0.50 sen

2017: 7.00 sen + 1.25 sen

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan