29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

KEMAS gerakkan misi bantuan pascabanjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Masyarakat, KEMAS, menggerakkan misi bantuan pascabanjir ke negeri-negeri terjejas membabitkan 1,256 sukarelawan kakitangannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, misi bantuan di bawah program KEMAS Prihatin itu dilaksanakan selama tiga hari bermula hari ini.

“Kita menggerakkan inisiatif bantuan ini bukan hanya untuk kerja-kerja pembersihan premis-premis Tabika dan Taska KEMAS yang terjejas dilanda bencana banjir, tetapi juga rumah-rumah penduduk yang berhampiran.

“Kita berharap dengan bantuan yang digerakkan ini akan membolehkan premis-premis Tabika dan Taska KEMAS dapat bersedia menerima kemasukan anak-anak kerana tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Ringkas Pelancaran Misi Bantuan Pasca Banjir KEMAS Prihatin di Institut Kemajuan Desa, INFRA, di Bangi, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Baca juga:   Jangan campur tangan pemilihan naib canselor - CUEPACS
Antara tadika KEMAS yang terjejas akibat banjir.

Menurut Mahdzir, sejumlah 207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS diseluruh negara dikenal pasti terjejas akibat bencana banjir kali ini.

“Paling teruk terjejas, premis Tabika KEMAS di Selangor dengan jumlah 111 buah dan di Pahang 58 buah.

“Manakala sejumlah 357 kakitangan KEMAS sendiri turut menjadi mangsa bencana banjir di seluruh negara,” katanya.

Tambah Mahdzir, sukarelawan kakitangan KEMAS yang terlibat dalam misi bantuan itu pula, dikumpul dari seluruh negara.

Antara kawasan tumpuan misi bantuan pasca banjir itu termasuk ke Hulu Langat, Puchong, Shah Alam, Klang dan Pahang.

Baca juga:   KPLB, Singapura jalin kerjasama pendidikan teknologi, kreatif

“Saya mengucapkan tahniah atas kesediaan semua sukarelawan kakitangan KEMAS yang terlibat dalam misi bantuan ini dan ini juga merupakan satu ibadah kepada kita dalam membantu melapangkan kesusahan orang lain,” kata Mahdzir.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pemuda UMNO sokong ketegasan PM

PEMUDA UMNO menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berlaku lagi kelulusan perolehan tanpa...

Lagi Artikel Berkaitan