25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Laksana ujian saringan Covid-19 dapat pelepasan cukai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELEPASAN cukai sehingga RM1,000 kepada individu yang melakukan ujian pengesanan Covid-19 termasuk ujian pengesanan kendiri untuk diri sendiri, pasangan atau anak antara peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, ia terkandung di bawah pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan 2023,” katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd Shahar berkata, pindaan itu turut memasukkan peruntukan perbelanjaan bagi pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi yang dilakukan oleh seseorang individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak.

Advertisements

Pada 9 Nov lalu, Mohd Shahar membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali pertama yang melibatkan pindaan ke atas lapan akta untuk melaksanakan langkah Bajet 2022.

Ia membabitkan Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan