33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Saya tak berminat nak cari no. 2 – Tengku Zafrul

Mesti Baca

“KALAU ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no. 2.”

Demikian pesanan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada para wanita di luar sana yang mengharapkan “kasih sayang” darinya sehingga mudah diperdaya para penipu.

Beliau yang mengaku terkejut membaca berita bahawa ada wanita yang terpedaya dengan janji-janji manis penipu (scammer) yang mengaku sebagai dirinya sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.

Justeru, beliau menggesa semua pihak agar berhati-hati dengan pelbagai penipuan yang ada dan meminta menyemak dahulu dengan pihak berkuasa sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan.

“Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kenyataan bahawa beliau tidak berminat untuk mencari “no. 2” itu juga ditujukan khas untuk isterinya, Datin Seri Raja Johanna Adrian Raja Arshad.

Kelmarin, seorang guru tadika kerugian RM4,200 setelah terpedaya dengan janji manis seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Menteri Kewangan’ yang dikenali menerusi Facebook.

Memetik laporan media, Ketua Bahagian Jabatan Sisasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita yang menetap di Kemayan, Bera, Pahang itu mula berhubung dengan suspek melalui Whatsaap pada awal Disember.

Wanita yang berusia 59 tahun itu telah dijanjikan wang RM1 jura dan kereta Rolls Royce sekiranya sudi menjadi isteri suspek.

Tengku Zafrul, 48, merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Holdings Berhad berkahwin dwngan Raja Johanna Adrina, 45, dan mempunyai empat cahaya mata.

Pada 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudian dikekalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Edisi 9

Terkini

Dewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023

DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat...

Lagi Artikel Berkaitan