30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Rompak RM700,000, pegawai SPRM antara 2 direman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan reman dua individu termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua lelaki tersebut ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi.

“Seramai 12 individu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes rompakan membabitkan kerugian RM700,000 itu. Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan SPRM mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis selepas disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan di sebuah kediaman di Jalan Ampang di sini, semalam.

Advertisements

Rompakan yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu membabitkan seorang ahli perniagaan warga China dengan kerugian mencecah RM1 juta.

Siasatan awal polis mendapati tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebelum memecah masuk rumah mangsa.

Dua daripada suspek termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an ditahan manakala, seorang lagi masih diburu.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan