26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PRN Sarawak: Enam kompaun berjumlah RM31,000 langgar SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM kompaun berjumlah RM31,000 dikeluarkan polis ekoran kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan kepada individu terlibat bagi kesalahan bermula 6 Disember hingga semalam.

“Kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342).

Dalam tempoh itu juga, sebanyak 39 kertas siasatan dibuka. Sebanyak 1,837 permohonan bagi mendapatkan permit diterima serta diluluskan kepada calon-calon dan parti bertanding di seluruh negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini,Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju dikenakan kompaun RM4,000 setelah didapati melanggar SOP PRN Sarawak.

Beliau yang bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian dikenakan kompaun bagi kesalahan semasa hari penamaan calon Isnin lalu. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan