36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

RISDA buka cawangan ke-204 di Sarawak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RISDA membuka cawangannya yang ke-204 di Bahagian Limbang dan Lawas, Sarawak bagi memberi perkhidmatan tanam semula getah kepada masyarakat pekebun kecil di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cawangan terbaharu itu akan mula beroperasi pada Januari 2022.

“Saya yakin, pembukaan RISDA Daerah di Bahagian Limbang dan Stesen RISDA di Lawas ini adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.

“Menerusi cawangan RISDA di sini, diharapkan kegiatan ekonomi penduduk juga dapat dipertingkatkan terutamanya melalui kemudahan aktiviti keusahawan dan pemantauan peningkatan produktiviti.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pekebun Kecil Makmur, RISDA Negeri Sarawak di Rumah Panjang James Jimbau, Kampung Semabat, Sarawak, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Pengarah RISDA, Abdullah Zainal.

Jelas Mahdzir, pihaknya memahami permasalahan yang dihadapi penduduk, terutama di kawasan luar bandar seperti Limbang dan Lawas untuk mendapatkan perkhidmatan RISDA.

Menurutnya, sebelum ini, penduduk di Limbang mengalami kesukaran dengan terpaksa menempuh jarak perjalanan melebihi satu jam untuk berurusan dengan pejabat RISDA di Miri atau ke Stesen Kecil RISDA di Lawas.

“Besar harapan saya agar RISDA dapat menjadi sebahagian daripada komuniti di Limbang dan Lawas untuk membantu penduduk di sini meningkatkan kemajuan sektor pertanian khususnya sektor perladangan getah.”

Kerajaan melalui RISDA juga kata Mahdzir, akan terus membantu dalam pembangunan sektor pekebun kecil dengan menyampaikan bantuan pembangunan kawasan bertanam getah, peningkatan produktiviti, pembangunan semula hasil baharu serta Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2022.

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyempurnakan majlis Pra Pelancaran Pembukaan Pejabat RISDA Bahagian Limbang dan menyampaikan Bantuan Musim Tengkujuh.

Selain menyampaikan Bakul Prihatin kepada pekebun kecil RISDA dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada peserta FELCRA yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan