27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Dua lelaki Bangladesh dalang palsu dokumen ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan dua lelaki Bangladesh berusia 34 dan 37 tahun yang menjadi dalang sindiket pemalsuan dokumen dalam satu operasi khas di sebuah apartment di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 6 Disember lalu.

Operasi yang dijalankan pada jam 11 pagi itu merupakan rentetan daripada tangkapan yang dilakukan pada 25 November lalu terhadap seorang lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an yang menjadi orang perantaraan kepada sindiket tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud, semasa serbuan dilakukan, kedua-dua suspek sedang menyiapkan tempahan yang diterima berupa pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pasport.

“Kedua-dua suspek cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap oleh anggota serbuan, memandangkan kediaman berkenaan telah dikepung.

“Pemeriksaan di premis tersebut mendapati sebuah bilik telah digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis dokumen palsu.

“Antara yang dirampas adalah set peralatan komputer, mesin pencetak kad dan beberapa peralatan yang digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, pemeriksaan lanjut menemukan pelekat-pelekat keselamatan Imigresen, kad CIDB dan pasport pelbagai negara seperti India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang telah siap dicetak untuk diserahkan kepada pelanggan.

“Modus operandi sindiket adalah mengunakan orang tengah bagi mencari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan mereka.

“Sasaran sindiket merupakan warganegara Bangladesh, Myanmar, Nepal dan India. Sindiket ini dikesan telah menjalankan kegiatan sejak setahun yang lalu dan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500 bagi pelekat PLKS.

Manakala, bagi kad CIDB dan pasport pula, katanya, bayaran dikenakan antara RM100 hingga RM300.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan menghasilkan dokumen palsu dan seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah.

“Kedua-dua suspek ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan