31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Terima kasih Malaysia kerana tangguh haji – Arab Saudi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Arab Saudi memuji tindakan kerajaan Malaysia menangguhkan rakyatnya daripada menunaikan haji tahun ini ekoran wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Mohammed Saleh Tahir Benten kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamed al-Bakri, semalam.

Menurut Zulkifli, keputusan tersebut dianggap sebagai lambang ketinggian budi dan penghormatan penuh diletakkan oleh kerajaan Malaysia kepada negara itu, terutama dalam soal pengurusan haji dan umrah.

“Sejurus selepas selesai sidang media petang tadi (semalam), saya menerima panggilan telefon Tuan Yang Terutama Sheikh Dr. Mohammed Saleh bin Tahir Benten, Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi. ⁣

“Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada umat Islam di Malaysia khususnya kepada kerajaan Malaysia atas tindakan berhemah dengan perutusan awal surat rasmi penangguhan ibadah haji bagi Malaysia sebelum sidang media dilaksanakan petang tadi (semalam),” katanya menerusi twitternya.

MOHAMMED SALEH

Zulkifli berkata, surat rasmi penangguhan haji itu telah disampaikan beliau kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hassan Saeed Qattan untuk diutuskan kepada Mohammed Saleh, sehari sebelumnya.

Advertisements

Semalam menerusi sidang akhbar khas, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu memaklumkan bahawa ibadah haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan.

Zulkifli berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.

Beliau berkata, perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.

Menurut Zulkifli, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman Abdulaziz dan kerajaan Arab Saudi keran bersungguh-sungguh memerangi wabak COVID-19 di negara itu, khususnya di dua kota suci Mekah dan Madinah.

“Saya juga mendoakan wabak di kedua-dua buah negara ini segera beransur hilang dan umat Islam di Malaysia, insyaAllah dapat melaksanakan ibadah haji pada tahun hadapan,” katanya.

Arab Saudi mencatatkan 116,021 kes COVID-19 setakat ini dengan 3,733 kes baharu semalam dan melibatkan 857 kematin termasuk tambah 38 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan