32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Anifah nafi pujuk Ahli Parlimen Warisan lompat parti

Mesti Baca

BEKAS Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam usaha memujuk pemimpin-pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menyertai Perikatan Nasional.

Menurut beliau, apa yang berlaku adalah ramai kawan-kawannya selalu menghubungi untuk berbincang dan meminta pendapat tentang keadaan politik semasa terutamanya di Sabah.

Anifah berkata, walaupun beliau belum menyertai mana-mana parti setelah keluar UMNO, pendapatnya sentiasa dipinta mungkin kerana dianggap sebagai tokoh politik yang berpengalaman.

“Sebagai seorang yang amat mencintai negerinya, saya lebih fokus kepada usaha mengembalikan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Memetik laporan Borneo Today, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa terdapat cubaan membeli beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

Beliau turut menyatakan, Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohammadin Ketapi antara yang dihubungi oleh Anifah sebanyak tiga kali.

Advertisements

Berhubung isu Mohammadin, Anifah menjelaskan, rakannya ketika belajar di England itu meminta pandangan tentang keadaan di Sabah.

“Saya memberikan pendapat saya bahawa disebabkan bilangan kerusi di Sabah dan Sarawak buat masa ini walaupun bergabung hanyalah 56 kerusi sahaja maka kita buat masa ini harus bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam usaha mendapatkan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah.

“Pendapat yang jika ditanya oleh mana-mana kawan saya akan menjawab dengan pendapat yang sama,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Luar itu mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shafie kerana masih menyebut namanya yang kini berstatus orang pencen yang tidak memegang sebarang jawatan di peringkat negeri atau Persekutuan.

“Mungkin atas sebab banyak jasa saya sudah taburkan kepada negara ini sebab itulah beliau susah mahu melupakan nama saya,” ujarnya.

Anifah berkata, sebagai seorang pemimpin politik, Mohd Shafie seharusnya dikelilingi oleh orang-orang yang setia, jujur dan boleh dipercayai dan bukannya orang yang boleh dijual beli.

Walaupun amat terharu dengan ingatan Mohd Shafie terhadapnya, Anifah meminta Ketua Menteri Sabah itu lebih fokus dalam mencari penyelesaian pada masalah-masalah rakyat Sabah.

Sebagai contoh, kata beliau, cara terbaik menjana semula ekonomi negeri dalam keadaan kita terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 atau memikirkan cara terbaik membela nasib rakyat Sabah serta hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan janji Ketua Menteri Sabah tinggal janji manis seperti janji terang bulan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan