27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Sistem e-PG di Mahkamah Majistret diperluas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) akan diperluaskan secara menyeluruh melibatkan Mahkamah-Mahkamah Majistret di negeri-negeri.

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan, sebelum ini Sistem e-PG dilancarkan secara rintis di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan bermula 1 April.

Ia diperluaskan secara menyeluruh melibatkan Mahkamah Majistret Johor bermula pada 25 November, Mahkamah-Mahkamah Majistret di Melaka dan Pahang pada 2 Disember manakala, Mahkamah Majistret bagi Perak pula pada 9 Disember.

Mahkamah-Mahkamah Majistret bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 16 Disember serta Mahkamah-Mahkamah Majistret di Terengganu dan Kelantan pada 23 Disember,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Advertisements

Sehubungan itu, orang kena saman (OKS) yang mempunyai kes didaftarkan di mahkamah-mahkamah tersebut boleh mengakses Sistem e-PG di https://ecourt.kehakiman.gov.gov.my pada tarikh sebutan pertama kes.

OKS juga boleh menyemak senarai kausa kes dan semakan status pendaftaran kes saman trafik secara dalam talian melalui pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList dengan memasukkan lokasi mahkamah serta tarikh sebutan kes.

“Orang awam dan peguam yang berhasrat untuk memahami tatacara prosiding dan menggunakan Sistem e-PG dengan lebih lanjut boleh melayari portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my atau menghubungi e-mel [email protected] atau talian 03-27331313,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan