29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tuntutan palsu RM59,520: Penolong pegawai, Rela didakwa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penolong pegawai dan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan elaun rondaan berjumlah RM59,520, dua tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo! keempat-empat tertuduh iaitu Sahrol Miza Samad, 44; Siti Munirah Abdul Rahim, 35; Mohd. Khairul Anuar Maliki, 32; dan Idrus Zakaria, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Sahrol Miza semasa kejadian merupakan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP32, Siti Munirah Pembantu Pertahanan Awam KP22 manakala Mohd. Khairul Anuar dan Idrus pula Pembantu Pertahanan Awam KP19.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa secara bersama memperdayakan Rela Kedah dengan menggunakan dokumen tuntutan elaun membabitkan jumlah pembayaran RM59,520 yang didakwa mengandungi butir palsu.

Tuntutan elaun tersebut didakwa untuk anggota Rela yang terlibat dalam rondaan keselamatan sempena bulan kemerdekaan 2019 bagi daerah Kulim, sedangkan penugasan itu tidak dilakukan seperti dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Rela Kedah, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Alor Setar pada 10 September 2019.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan