30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Nahas dua buah kereta di lebuh raya, tiga lelaki maut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer (KM) 268 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara, berhampiran susur keluar Plaza Tol Ainsdale, Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kereta Honda Accord dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu merempuh kereta Perodua Bezza.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, ketika kejadian kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Siasatan mendapati kereta Honda Accord yang dipandu seorang remaja berusia 18 tahun bersama dua penumpang bergerak lurus ke arah Nilai.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan berkenaan hilang kawalan sehingga melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya sebelum berpusing dan melanggar Perodua Bezza yang dipandu di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataanhari ini.

Baca juga:   MyDigital pastikan semula pelajar dapat akses online

Mohd Said berkata, Perodua Bezza dipandu seorang pemuda berusia 20 tahun bersama dua penumpang.

“Akibat kemalangan, penumpang hadapan Honda Accord, seorang lelaki berusia 20 tahun dan penumpang hadapan serta penumpang belakang Perodua Bezza masing-masing berusia 20 tahun parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat, manakala tiga lagi mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya.

Baca juga:   Lepasi angka 400,000 dos suntikan vaksin sehari

Katanya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya mendapat panggilan mengenai kemalangan itu jam 2.13 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi serta dibantu anggota dari BBP Senawang.

“Kemalangan membabitkan dua kereta. Tiga lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan